Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak
intipati bawang putih, pada masa yang sama menyingkirkan rasa tajam dan
bau yang tidak menyenangkan, serta mengekalkan keberkesanan dan nutrisi
bawang putih. Bawang putih mengandungi puluhan ramuan yang berguna
termasuk: 33 jenis sulfida, 17 jenis asid amino, mineral termasuk
germanium, kalsium, besi, kalium, magnesium, selenium, zink dan vitamin
seperti Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin C dan sebagainya. Ia amat berguna
untuk melawan kolesterol dalam badan dengan membekalkan kolesterol baik
(HDL) dan menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) serta mengurangkan
trigliserida. Hai-O Garlic tidak merangsangkan membran lendir perut,
mudah diserap oleh usus kecil dan kesannya berlipat ganda.
Keberkesanan
- Membantu menurunkan kandungan lemak darah dan kolesterol darah, mencegah penyakit kardiovaskular dan arteriosklerosis.
- Menghalang pembekuan darah untuk mencegah berlakunya trombosis.
- Membantu dalam fungsi penghadaman dan membuka selera, melegakan perut kembung dan ulser peptik.
- Membasmi kuman dan keradangan serta mencegah jangkitan penyakit.
- Membantu menyelaras gula darah dalam badan.
- Menggalakkan peredaran darah dan metabolisme.
Apakah kesan bawang putih?
Bawang putih kaya dengan nutrien, komponennya berfungsi untuk membantu
menyelaras insulin, menurunkan lemak darah, melambatkan proses penuaan,
mencegah artritis, membasmi kuman dan melegakan keradangan dan mencegah
mutasi sel.
Adakah mulut berbau selepas mengambil Hai-O Garlic?
Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak
intipati bawang putih untuk menyingkirkan rasa tajam dan baunya yang
tidak menyenangkan. Maka mulut tidak akan berbau selepas mengambilnya.
Jika bawang putih ditambah dalam lauk seharian, adakah kita perlu mengambil lagi Hai-O Garlic?
Sebahagian besar nutrisi bawang putih telah dirosakkan selepas bawang
putih dimasak dalam suhu tinggi. Namun, Hai-O Garlic mengaplikasikan
teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih, dapat
mengekalkan nutrisi bawang putih dan lebih sihat untuk badan.
Adakah nilai nutrisi bawang putih lebih tinggi jika ia dimakan terus?
Jika bawang putih dimakan terus, ia perlu dihiris dan terdedah kepada
udara kira-kira 15 minit supaya ia dapat bergabung dengan oksigen untuk
menghasilkan allicin. Kemudian ia perlu dikunyah dengan seragam demi
memastikan nilai nutrisi bawang putih dapat berfungsi sepenuhnya. Namun,
rasa bawang putih yang tajam dan meninggalkan bau busuk dalam mulut,
dan menyebabkan kebanyakan orang tidak dapat menerimanya.
Bolehkah kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil Hai-O Garlic?
Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke bawah tidak dicadangkan untuk
mengambil, sementara kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas pula perlu
mengurangkan saiz pengambilan kepada separuh. Nilai nutrisi bawang putih
adalah tinggi, dapat menguatkan daya keimunan dan stamina bagi ibu
mengandung. Jika ibu mengandung mempunyai tanda keguguran atau sering
menghadapi masalah keguguran, terutamanya mereka yang bersusuk badan
panas, adalah dicadangkan supaya mengelakkan makanan pedas seperti
bawang putih dan cili.
UNTUK TEMPAHAN:
Puan Nor Aznah Binti Abdul Aziz
(No.H/Phone : 012-5352391)
TEMPAHLAH SEKARANG